1) Alhamdullillah, dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya selepas tiga tahun bertungkus lumus dalam menyiapkan buku latihan Pendidikan Islam Islam Tahun 1 hingga Tahun 6, akhirnya buku-buku ini berjaya diterbitkan dan dipasarkan selepas pelbagai rintangan dan cabaran yang di hadapi.
Buku ini adalah hasil gabungan kerjasama Guru-Guru Pendidikan Islam/j-QAF dari Sekolah Kebangsaan Paya (2007-2010) iaitu Pn Asma Ahmad Zain, Pn. Saupiah Mustafa, Pn. Shaliza Sudin, Pn. Hashima Othman, Pn. Nazirah Abd Halim, En. Mohd Nazrul Mohammad dan En. Azizul Mokhtar.
Idea untuk membuat buku latihan ini tercetus setelah melihat kekangan masa dalam waktu P&P tasmik di mana waktu yang begitu terhad untuk guru menulis dalam buku atau di papan tulis di samping untuk mendengar murid-murid membaca iqra’ atau Al-Quran. Selain itu, guru melihat murid-murid tidak dapat menguasai cara menyambung huruf, mencantum huruf, mengenal baris dan hukum-hukum tajwid.
Pada permulaannya, latihan kepada murid diberikan dalam bentuk lembaran kerja biasa. Akhirnya lembaran kerja ini dibukukan untuk menjadikannya lebih sistematik dan tersusun dalam memberi latihan kepada murid.
Buku latihan ini sesuai di gunakan pada waktu tasmik, untuk kelas KAFA, kelas-kelas agama @ tuisyen, latihan untuk anak-anak di rumah atau program selepas UPSR. Kandungan dalam buku ini sesuai untuk tahap murid. Isi kandungannya tertumpu kepada mengenal baris, mencantumkan huruf, menceraikan huruf seterusnya mengenal hukum tajwid di mana pada masa sekarang murid kurang menguasai hukum tajwid menyebabkan mereka kurang mahir dalam membaca Al-Quran.
Adalah menjadi hasrat penulis agar apa yang dicurahkan dalam buku latihan ini akan memberi manfaat besar kepada murid-murid khasnya dan guru2 Pendidikan Islam amnya dalam memartabatkan Al-Quran dan menjadikan murid-murid dapat menguasai ilmu tajwid dalam menjadikan mereka generasi Al-Quran yang bertaqwa.
2) Penulis buku : PN ASMA BT AHMAD ZAIN
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad S.A.W dan keluarga.Dengan izin yang maha Esa, akhirnya terlaksana sudah penulisan buku Latihan Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6.
Penghargaan dan ucapan terima kasih secara peribadi ini diucapkan kepada syarikat Imtiyaz Nada atas terbitan dan edaran buku-buku ini untuk dipasarkan ke sekolah-sekolah negeri Perlis seterusnya seluruh negeri di Malaysia. Tidak dilupakan juga kepada ibu dan bapa En. Ahmad Zain b. Salleh dan Pn. Embun bt. Abdullah yang banyak memberi nasihat dan sokongan, juga kekanda dan adinda yg membantu.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas buat guru tersayang, Pn Jamaliah bt Ab. Manaf yang tidak jemu-jemu menyuntik semangat agar meneruskan penulisan buku-buku ini sehingga berjaya disiapkan.
Diharapkan agar buku ini akan dapat membantu murid dalam menguasai cara menyambung huruf, mengenal baris, seterusnya mengenal hukum-hukum tajwid